mechatronicg.com - Content
         
    Welcome!    Register now    Login  
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Recent WF-Downloads
ÿ
Webschool System


ABOUT US

Mechatronic Gallery telah di daftarkan pada tahun 1999 dan memulakan perniagaan di Sungai Petani Kedah. Sebuah syarikat milik bumiputra 100%. Bermula dengan menjual, membaiki komputer dan sebagai kontraktor pemasangan talian networking.  Mengembangkan perniagaan dengan pembinaan sistem (stand alone), membina laman web & portal dan sistem aplikasi atas talian. Melalui pengalaman meliputi pelbagai khidmat berkaitan IT Mechatronic Gallery mampu memberi perkhidmatan terbaik mengikut kehendak pelanggan. Mechatronic Gallery menawarkan pakej portal dan aplikasi atas talian dengan harga mampu milik mengikut pakej, tiada cas tersembunyi dan tiada yuran bulanan.Hubungi kami melalui e-mail webmaster@mechatronicg.com atau mana-mana cawangan kami di bahagian hubungi kami(contact us).

  • 1999 
    bermula dengan menjual, membaiki dan membekal komputer dan perkakasan  komputer.

  • 2000
    mengembangkan perniagaan dengan perkhidmatan  networking disekolah, pejabat kerajaan dan premis perniagaan.

  • 2003
    pembinaan perisian pertama My Guru (sistem peperiksaan, maklumat kakitangan & maklumat pelajar), diikuti dengan My Schedule (Sistem jadual waktu), My Daftar (Sistem pendaftaran pelajar serasi dengan SMM).

    Selain sekolah, perisian My Workshop (sistem pengurusan perkhidmatan servis kenderaan dan alat ganti) dan My PC (sistem pengurusan perkakasan komputer).

  • 2005
    membina laman web bagi sekolah, individu, dan syarikat.

  • 2006
    membina Portal untuk Jabatan Kesihatan negeri Kedah. Mula mengguna Portal CMS, membina, menguji modul Portal CMS dan merangka pembinaan untuk digunapakai bagi kegunaan yang lebih meluas. jknkedah.moh.gov.my


  • 2007
    menggabungkan sistem aplikasi dan laman web, Portal Aplikasi pertama dibangunkan untuk Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP) dengan modul pertama modul E-Qaryah (sistem pengurusan pegawai dan ajk masjid seluruh negeri Pulau Pinang) diikuti dengan E-Tauliah (sistem pengurusan penceramah masjid bertauliah). qaryah.mechatronicg.com

  • 2008
    pembinaan modul ketiga bagi JAIPP iaitu modul E-Tahfiz (sistem pengurusan maklumat tahfiz Al-Quran negeri Pulau Pinang) dan modul keempat E-Ukhuwah (sistem pengurusan saudara baru merangkumi data terbaru dan data lama semenjak tahun 1960). qaryah.mechatronicg.com

  • 2009
    membina portal masjid, dan memantapkan stuktur portal untuk dikembangkan di peringkat negara bagi sistem pengurusan portal masjid dan portal sekolah. mkgraja.com

    


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search
Who's Online
4 user(s) are online (2 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 4

more...