mechatronicg.com - Content
         
    Welcome!    Register now    Login  
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Recent WF-Downloads
ÿ
Webschool System


PRODUK

Sistem Portal XMG
 
1.    Pengenalan
 
-          Satu portal Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System atau CMS) yang termaju didunia, mudah digunakan dan mempunyai banyak kelebihan dari segi fungsi dan kegunaan. Telah  digunapakai di semua Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan dan lain-lain.
 
-          Menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan MySQL sebagai pengkalan data.
 
 
-          Menggunakan konsep  Extensible Object Oriented Portals System dan telah diubahsuai dan dikemaskini dengan tambahan keselamatan dan ciri-ciri untuk kegunaan tempatan dan di namakan XMG.
 
-          Terdiri dari 2 bahagian penting iaitu bahagian utama dan modul.
 

2.    Bahagian Utama
 
Pengurusan  bahagian-bahagian utama seperti pengguna untuk log masuk/ log keluar, kumpulan pengguna, menentukan bahagian yang boleh dilawati oleh kumpulan pengguna, pilihan pelarasan termasuk pilihan tema, pengurusan modul, pengurusan blok untuk kedudukan sesuatu bahagian untuk dipamerkan pada halaman dan sebagainya. Bahagian Utama boleh di umpamakan sebagai Sistem Pengoperasian (O.S.) bagi  laman web/portal.

Secara mudah bayangkan sebuah bangunan pasaraya yang besar yang mengandungi sebuah pejabat untuk mentadbir, menentukan kumpulan pengurus dan pekerja, menentukan tempat yang dibenarkan/tidak dibenarkan untuk dimasuki kumpulan tadi, komputer untuk memasukan maklumat dan sebahagian produk jualan mereka sendiri. Namun dengan ruang niaga yang kosong pasaraya tersebut masih tidak lengkap.
 

Ruang niaga tersebut boleh ditambah dengan pelbagai jenis perniagaan yang terdiri dari peniaga luar. Tambahan ini boleh dibuat secara berperingkat mengikut keperluan atau secara terus.

3.    Modul 

Modul pula boleh di samakan dengan sistem aplikasi (Aplication System) seperti Ms Office atau lain-lain yang boleh di pasang atau di keluarkan dari Windows begitu juga modul boleh dipasang dan dikeluarkan dari Portal XMG.

Sebagaimana contoh pasaraya diatas modul umpama ruang niaga yang boleh ditambah mengikut jenis perniagaan dan produk jualan.
 
Terdapat dua kategori modul iaitu Modul Asas dan Modul Aplikasi
 
 i.  Modul Asas 
- Terdiri dari modul pentadbiran bagi mengendalikan dan melengkapkan portal/laman web.
 
- Modul asas terdiri dari modul System(Sistem), Kandungan(Content ), Jam & Kalendar, Berita(News), Album(Album), Forum(Forum) dan modul Sokongan(Backup).
 

ii. Modul Aplikasi
Modul ini dibina mengikut keperluan pengguna/pelanggan sebagai contoh modul system E-Qaryah dibina untuk menguruskan hal berkaitan dengan pengurusan Masjid seperti muat-naik gambar masjid, menambah senarai dan informasi masjid, menambah/mengubah/memadamkan senarai Pegawai Masjid atau senarai Ahli Jawatankuasa Masjid, memindahkan senarai sediada kepada senarai tamat  perkhidmatan sekiranya berhenti atau tamat perkhidmatan pegawai atau AJK bertujuan memudahkan pihak Jabatan agama Islam negeri membayar atau menghentikan pembayaran elaun dan sebagainya, statistik – jumlah masjid, jumlah Pegawai Masjid, jumlah Jawatankuasa, senarai tiada maklumat nombor kad pengenalan, senarai tiada maklumat umur, senarai keseluruhan, senarai keseluruhan imam, senarai mengikut jawatan dan sebagainya.

 Berikut adalah modul-modul yang telah dibangunkan dan sedang digunakan:
 
 
 a)    E-Qaryah
 - Sistem pengurusan Masjid, Pegawai Masjid & AJK Masjid
 
 b)    E-Tauliah
 - Sistem pengurusan pengajar bertauliah
 
 c)    E-Ukhuwah
 - Sistem pengurusan saudara baru
 
 d)    E-Tahfiz
 - Sistem pengurusan penghafaz Al-Quran
 
e)    E-Guru
- Sistem pengurusan guru/pengajar masjid
 
 Modul Sistem yang dalam proses pembangunan adalah;
 
a)    E-Qaryah 2 
-  Merupakan system lanjutan dari system E-Qaryah.

- Sebuah sistem pengurusan maklumat anak kariah.

- Fungsi Utama

i.  Menambah, menyimpan, mengubah dan memadamkan maklumat anak kariah oleh PEGAWAI atau AJK MASJID secara atas talian.

 ii.  Mengandungi maklumat sebagaimana dibawah:
 - maklumat ketua keluarga, ahli keluarga, pekerjaan, pendapatan, no telefon, alamat dan lain-lain
 
 - mempamerkan dan mencetak  senarai, keluarga, ahli keluarga, ahli keluarga mengikut jantina dan lain-lain 
 
 - maklumat anak yatim, penganggur, fakir/miskin dan lain-lain
 
 -senarai maklumat kariah wajib sembahyang jumaat

- senarai remaja & belia lelaki / wanita bagi tujuan pelaksanaan aktiviti tertentu.

- senarai anak-anak luar kariah

4. Contoh laman web yang menggunakan system e-qaryah, e-tauliah, e-ukhuwah dan e-tahfiz ialah Jabatan agama Islam Pulau Pinang www.jaipp.gov.com.my dan www.myqaryah.mechatronicg.com (domain sementara bagi tempoh pembangunan).

5. Contoh laman web yang menggunakan system e-guru dan system e-qaryah_2 (e-qaryah masih dalam pembinaan) ialah www.mkgraja.com

 Dengan sistem XMG laman web / portal dan sistem aplikasi atas talian di satukan menjadikan ia sebuah sistem yang lebih praktikal dari segi kos dan penggunaan dimana setiap sistem aplikasi dibina dalam bentuk modul (boleh ditambah / dikeluarkan dengan mudah) tanpa melibatkan pembangunan atau pengubahsuaian dibahagian lain. Modul boleh dinaik taraf dan modul yang telah di naik taraf pula boleh terus digunakan dengan hanya memuat naik fail modul yang baru dan menekan butang naik taraf di bahagian pengurusan modul.
 
    


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search
Who's Online
2 user(s) are online (1 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 2

more...